Nabi Muhammad s.a.w bersabda,
"Sesungguhnya
dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka
baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan
kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang
dimaksudkan ini adalah hati."
(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)
Ulama mengkategorikan hati manusia terbahagi kepada beberapa jenis;
1. Hati yang sahih (qalbun sahih)
Bermaksud
hati yang suci, bersih dan bebas daripada segala gangguan yang
menyebabkan terhalangnya manusia melaksanakan perintah Allah s.w.t
2. Hati yang mati (qalbun mayyit)
Bermaksud
mereka yang memiliki hati yang degil dan ego untuk menyembah Allah
Taala. Manusia jenis ini bekerjasama atau sekutu bagi syaitan dan nafsu.
3. Hati yang sakit (qalbun maridh)
Bermaksud
hati yang masih mempunyai kehidupan tetapi hatinya ada benih-benih
penyakit. Kadangkala mereka hidup sihat berpandukan iman tetapi ada
kalanya mereka mengutamakan nafsu yang menggila.
"Ya Allah, Tuhan yang menunjukkan hati, tunjukkanlah hati-hati kami kepada jalan ketaatan kepada-Mu."
(Riwayat Muslim)
0 comments:
Post a Comment