BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, October 13, 2009

Gempa di Padang, amaran Allah

Setiap yang berlaku di muka bumi ini adalah ketentuan Allah SWT. Begitu jugalah yang berlaku di Padang, Sumatera. Kebetulan juga waktu gempa bumi berlaku berkaitan dengan surah dan ayat dalam kitab suci Al-quran.

Cuba perhatikan di Padang pada jam 17.16 petang, kemudian susulan gempa pada jam 17.58 petang dan esoknya terjadi gempa di Jambi pada jam 08.52(waktu antarabangsa).

Jam 17.16 (iaitu surah ke-17, al-Israk, ayat 16) bermaksud: "Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri. maka Kami perintahkan kepada orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah), tetapi mereka melakukan kederhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya."

Jam 17.58 (surah ke-17, al-Israk, ayat 58) bermaksud: "Tidak ada suatu negeri pun (yang derhaka penduduknya), melainkan Kami binasakannya sebelu kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang keras. Yang demikian itu sudah tertulis di dalam kitab (Luh Mahfuz)."

Jam 08.52 (surah ke-8, al-Anfal, ayat 52) bermaksud: "(keadaan mereka) seperti Firaun dan pengikutnya serta orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat Allah, maka Allah menyeksa mereka disebabkan dosanya. sesungguhnya Allah maha kuat lagi Amat Keras seksaannya."

Tiga ayat Allah SWT di atas, yang ditunjukkan tepat dalam waktu kejadian tiga gempa di sumatera. Mengenai azab Allah kehancuran dan kematian serta kaitannya dengan hidup mewah dan derhaka.

Dengan pelbagai 'kebetulan' yang Allah SWT sampaikan ketika musibah itu, Allah jelas hendak mengingatkan kita. Apakah ia sekadar kebetulan di sebalik kejadian tanpa mengandungi pengajaran? Apakah mesej Allah itu akan mengubah kita agar lebih berhati-hati dan taat perintah dan menjauhi larangan-Nya? mungkin kita tidak peduli atau mrntertawakan seperti kaum Musyrikin Quraisy mempersendakan risalah disampaikan kepada Rasulullah SAW? Semua terpulang kepada kita.

Tuesday, August 18, 2009

SATU MALAYSIA...


Satu Malaysia......
Adakah seperti yang telah di gembar-gemburkan.....
Adakah tercapai....???

Cuba fikirkan. Konsep Satu Malaysia yang dibawa Dato' Seri Najib boleh dikatakan hanya suatu konsep yang tidah mampu dicapai. Bagaimana mahu dicapai...????

Adakah dengan menghapuskan hak keistimewaan orang melayu. Mungkinkah ia tercapai sedangkan dalam perlembagaan telah menggariskan keistimewaan orang melayu.... Bagaimana ingin diperkatakan Satu Malaysia....??? Jika difikirkan adakah konsep yang dibawa adalah benar-benar seperti yang diperkatakan sedang wujud keistimewaan orang melayu..
Inikah yang diperkatakan ingin memperjuangkan nasib orang Melayu sedang dikalayak ramai dikatakan tiada jurang antara semua kaum. manakah yang palsu...???? Perjuangan UMNO atau Satu Malaysia......

Fikir-Fikirlah....
Ingatlah.. Kita akan dipersoalkan kelak apa yang kita lakukan... Janganlah kerana nila setitik.. rosak susu sebelanga...

Wednesday, August 5, 2009

H1N1...

hari ini adalah hari yang amat mengejutkan...
Kolej Kami di arah tutup oleh kementerian kesihatan....
puncanya...???
H1N1... beberapa bebudak KMK jd suspek H1N1...

MasyaAllah.... ape kejadah nya ini semua...
waktu 2... Ana tngah blaja kelas amali kimia....
tiba2.......
"ting tong...... Assalamualaikum..... perhatian kepada semua pelajar kolej mara kulim... anda semua dekehendaki untuk pulang mulai hari ini dan kembali pada 13.08.2009. semua pembelajaran mestilah dihentikan serta merta..."

Ana terkejut..... dalam keadaan terkejut dan suasana mulai kelam kabut... ana kembali ke asrama untuk mengemas barang2 ku....
ana terus bergerak keluar meninggalkan asrama....
tiba di DS.....
" mu'az2.... bleh tlg x....???? tlh belikan tiket kretapi untuk aku...8 org pegi KL....."
aku bertambah terkejut.... "ok2..."
spontan aku menjawab....
aku dan rakan kelasku, Amin segera ke Bukut Mertajam kerna mendapat tahu bahawa tiket hampir habis....
aku segera ke stesen sesampainya di Bukit Mertajam...
"kak tiket 10...."
akak yang menjaga kaunter tiket mmg dah tahu kami pelajar KMK...
ana masih terpinga2....
"betul ke aku balik..."
"mimpikah aku"
inilah yang dikatakan kuasa Allah.... apa yang tidak dijangkakan telah berlaku....
seperti Firman-Nya dalam surah yaasin yang bermaksud.......
"dan apabila dia menghendaki sesuatu itu terjadi, maka jadilah ia..."
subahanallah.....
siapalah kita insan yang kerdil ingin mendustakan kekuasaan-Nya...
renungkanlah........

Sunday, July 26, 2009

inilah kehidupan...

KMK (kolej mara kulim)..???
dalam fikiranku pelbagai tanggapan dan persoalan....
apakah aku mampu membiasakan diri....????
sepertimana di tempat lamaku..
pelbagai pengalaman pahit dan manis telah ku rasai...
mungkinkah sama yang akan ku rasai di KMK....
Ya Allah kau kuatkanlah hatiku demi kejayaanku dan Agama-Mu....

setibanya di KMK....
fikiranku yang selama ini mengambarkan pengalaman lamaku berubah...
aku berkenalan dengan ramai rakan2 baru...
bahkan ku rasakan mereka seperti keluargaku...
inilah yang dikatakan sebagai ukhuah sesama Islam..

Amin, Muhsin, Danial, Asrul, Amirul, Sufian, Aiman,
Raja, yamin, Najib, Faiz, dan ramai lagi...
mereka membangkitkan semangatku...
dalam mengharungi kehidupan di KMK..
aku bersyukur Ya Allah kerna mengurniakan aku sahabat yang soleh...
InsyaAllah.....

"Ya Allah, Berikanlah Kami kejayaan yang cemerlang...
Jadikanlah kami anak2 yang soleh & solehah....
Jadikan kami hamba Yang memperjuangkan Agama-Mu.....
Tabahkanlah hati2 kami....
Hati2 yang sentiasa leka dan alpa dalam kehidupan dunia...
Sinarilah hati2 kami dengan nur Iman-Mu....
Ya Allah.. Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang...
yang Menguasai Sekalian Alam..."

akhirnya ku sedari...
Allah sentiasa akan membantu hambanya...
selagi mana mereka membantu diri mereka....
dan Allah tidak pernah melupakan Hambanya...
yang tidak pernah Melupakan-Nya

ayuhlah....
Berjuanglah Saudara2ku dengan Kalimah Lailahaillallah....

Friday, July 24, 2009

TaNgiSan SeoRanG HaMba

Allah, aku terleka lagi.. Tertipu dan ditipu.. Tersesak nafas ku hidup dalam palitan dosa.. Dosa dan maksiat.. Itulah sebab tersungkurnya aku!! Aku sedar, sukar yang terjadi bukan kerana sesuatu kerja itu sukar… Akan tetapi palitan dosalah yang bertindak menyukarkannya… Susah yang berlaku bukan kerana sesuatu urusan itu susah, sebaliknya kumbahan maksiat diriku yang menambahkn kesusahan itu… Allah, tuhanku.. Engkau telah menciptakan setiap jiwa insan.. Yang mampu untuk membezakan antara yang benar dan yang batil.. Inilah fitrah jiwa manusia!!! Tetapi untuk jiwa ini berfungsi secara fitrah memerlukan syarat… Jiwa itu mesti dipelihara ketulenannnya.. Dijauhkan dari yang bukan-bukan.. Dan dihindar dari korupsi spiritual.. JIWA itu umpama lampu.. Andai berdebu dan tak digilap selalu.. Maka akan kotor la dia dan akhirnya gagal memancarkan cahaya.. ~sebak~"(Azab) yang demikian adalah disebabkan perbuatan tangan kamu sendiri dan Allah sekali-kali tidak menganiaya hamba-hambaNya". (al-Imran : 182)Dalam mencari erti hidup sebenar, mungkin ada yang tersimpang.. Tersasar dari matlamat dan tujuan.. Ku mohon wahai Tuhan yang Maha Penyayang.. Pimpinlah aku ke jalan kebenaran.. Agar tidak terus tenggelam.. Kutahu air mata bukanlah juzuk murahan.. yang hanya dialirkan sekadar kiasan.. tatkala apa yang diimpikan tidak seindah impian.. yang bisa mencorak melintasi sempadan akal dan fikiran.. Namun bila hati diserah kepada Allah.. tiada resah tiada gelisah.. Bila apa yang diburu hanyalah demi mardhotillah.. Hilang rasa gundah hidup rasa indah.. Bila benih cinta disemai dahulu pada Yang Esa.. Barulah akan menyusul cinta tulus sesama hamba… Pergilah duka, Hapuslah kecewa.. Kerana bahagia InsyaAllah akan tiba.. Di dunia ini dan di akhirat sana.. Dengan syarat Iman dan Taqwa, Kukuh disemai dan tersemat di jiwa.. Amal soleh bukti setia, Seorang hamba kepada Rabbnya... Pada Mu ku serah segala..(-__-)

Syarat Sah Bacaan Al-Fatihah

Dalam kitab Fiqhul Manhaji Ala Mazhabil Imam As-Syafie, diterangkan syarat-syarat sah bacaan Fatihah di dalam solat. Salah satu daripadanya dinyatakan:
“Bacaannya mesti dibaca dan disempurnakan ketika dalam keadaan berdiri.”
Keterangan:
1) Keterangan ini menyebut tentang solat Fardhu. Tidak boleh membaca Fatihah itu dalam keadaan duduk kecuali apabila ada keuzuran untuk berdiri. Maka dia membaca dengan duduk. Kecuali ada keuzuran untuk berdiri dan duduk maka dia membaca dalam keadaan berbaring.
2) Masih dikira dalam keadaan berdiri dan sah Fatihah sekiranya sewaktu membaca Fatihah, badan dibongkokkan sedikit.
3) Tidak dikira dalam keadaan berdiri dan tidak sah Fatihah sekiranya sewaktu membaca Fatihah, badan dibongkokkan ke hadapan hingga hujung jari tangan boleh mencapai lutut.
4) Terkecuali bagi orang-orang tua atau sakit yang memang sediakala bongkok, maka sah Fatihahnya dalam keadaan sedemikian.
5) Sekiranya rukuk dalam keadaan Fatihah belum selesai, maka wajib kembali berdiri dan mengulangi bacaan Fatihah semula.
6) Sekiranya bangun daripada sujud atau tasyahud untuk rakaat yang berikutnya, maka tidak sah Fatihah sekiranya membacanya dalam keadaan belum benar-benar berdiri tegak.
7) Sunat antara bacaan Fatihah (ataupun surah) dan rukuk itu diselangi dengan diam seketika dalam keadaan berdiri sekadar waktu membaca subhanaAllah.

Thursday, July 16, 2009

Hadith...


مَنْ دَعَا إِلَى هُدًى كَانَ لَهُ مِنَ الأَجْرِ مِثْلُ أُجُورِ مَنْ تَبِعَهُ لاَ يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا وَمَنْ دَعَا إِلَى ضَلاَلَةٍ كَانَ عَلَيْهِ
مِنَ الإِثْمِ مِثْلُ آثَامِ مَنْ تَبِعَهُ لاَ يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ آثَامِهِمْ شَيْئًا


Maksudnya:
Sesiapa yang mengajak manusia ke jalan hidayah (kebenaran), dia akan memperolehi ganjarannya seperti ganjaran orang-orang yang mengikutinya. Tidak dikurangkan sedikit pun daripada ganjaran pahala mereka. Dan sesiapa yang mengajak manusia ke jalan kesesatan, maka dia akan memperolehi dosanya seperti dosa orang-orang yang mengikutinya dengan tidak dikurangkan sedikit pun daripada dosa mereka.
(Hadith riwayat Muslim – no.6980)
Dari Ustaz Ali Tantawi, Al-Ahkam.Net
Huraian:
1) Konsep ganjaran dosa dan pahala adalah merupakan antara perkara asas dalam ajaran Islam. Keimanan kita kepada ganjaran sebegini akan menjadi benteng kukuh untuk menghalang manusia daripada melakukan perkara-perkara yang dimurkai Allah SWT.

2) Konsep ganjaran pahala juga menjadi asas utama dalam membina jiwa muslim yang akan tetap terus mengamalkan perkara kebaikan walaupun tidak melihat ganjaran kebendaan di dunia ini.

3) Kewajipan mengajak manusia kepada kebenaran adalah kewajipan seluruh umat dan sebaik-baik manusia yang menjalankan tanggungjawab ini adalah para Nabi dan Rasul ‘ a.s. Walaupun menerima tentangan dan cabaran, tugas itu tetap digalas berbekalkan slogan yang disebutkan di dalam Al-Quran, Surah Yunus ayat 72 yang bermaksud:
"Jika kamu berpaling (dari peringatanku), aku tidak meminta upah sedikit pun dari padamu. upahku tidak lain hanyalah dari Allah, dan aku disuruh supaya aku termasuk dalam golongan orang-orang yang berserah diri (kepada-Nya)".

4) Telah menjadi lumrah alam yang diciptakan Allah SWT apabila adanya pendakwah atau orang yang menyeru kepada kebenaran, pasti akan ada segolongan pendakwah yang berlawanan iaitu orang yang menyeru kepada kesesatan dan mengajak manusia meninggalkan agama. Firman Allah SWT di dalam Al-Quran, surah al-Taghabun ayat 2 yang bermaksud:
"Dialah yang menciptakan kamu Maka di antara kamu ada yang kafir dan di antaramu ada yang mukmin. dan Allah Maha melihat apa yang kamu kerjakan. "

5) Rasulullah S.A.W. menerangkan di dalam hadith yang ringkas ini bagaimana seseorang yang menjadi sebab kepada orang lain mendapat hidayah akan diberi ganjaran oleh Allah SWT. Ganjaran itu bukan sekadar ganjaran hasil dakwahnya, malah ganjaran itu ditambah pula dengan ganjaran hasil amalan orang yang menerima dakwahnya. Inilah rahmat Allah SWT terhadap seorang pendakwah yang menjadi penyebab kepada tersebarnya petunjuk dalam kalangan manusia. Namun, Allah SWT tidak akan mengurangkan ganjaran yang diperolehi oleh mereka yang beramal. Segalanya adalah adil dan saksama malah dilipat gandakan lagi oleh Allah SWT.

6) Rasulullah S.A.W. juga memberitahu bahawa Allah SWT menyediakan balasan dosa untuk orang yang mengajak orang lain melakukan perkara-perkara yang salah dan dilarang oleh Islam. Malah dosanya itu digandakan dengan dirinya juga menanggung dosa orang-orang yang disesatkannya. Inilah ganjaran setimpal kerana dirinya menjadi penyebab ramainya pelaku dosa. Namun begitu, dosa orang-orang itu tidak akan dikurangkan dan mereka semuanya akan menanggung dosa berdasarkan amalan masing-masing. Itulah keadilan Allah SWT.

7) Marilah kita berusaha untuk menjadi penyebab kepada hidayah dengan apa cara sekalipun dan bukan pula penyebar kesesatan dan dosa. Kalau di dunia ini kita mahu keuntungan berlipat ganda dalam bentuk wang dan harta, maka sepatutnya kita juga mahukan keuntungan akhirat yang berlipat ganda dalam bentuk ganjaran pahala dan keredhaan Allah SWT.

Wednesday, July 15, 2009

Renungilah








Lailahaillah...
kalimah Islam, kalimah Iman...
bangkitlah umat Islam...
Berjuanglah di jalan Allah..
Allah sentiasa bersamamu...

Saudaraku...,
Mengapa tergoda dengan tipu daya dunia,
sedang akhirat adalah yang abadi...
bersamalah kita mencari redha Allah,
dengan doa dan tawakkal padanya..

Carilah rahmat Allah,
Nescaya bahagialah kalian di dunia dan diakhirat..
Ingatlah saudara-saudaraku,
'Redha Allah pada redha kedua Ibubapa',

Semoga dalam Rahmat-Nya