BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, March 13, 2012

..:: Mengenalimu Ya Allah ::..

mengenaliMu Ya Allah
rasanya makin merindu
yakin itu sudah tidak pernah
aku tanyakan pada diriku
kepada kalbuku
kerana sejak aku tahu
mengenal kehidupan
ketika masih belum mengaji
mukadam dan al Quran
aku sudah diberi kenal
ada bintang
ada bulan
ada matahari
dan ada awan
ada yang menjadikan

begitu aku terasa
tanpa bertanya
aku ingin makna mendalam
sudah kuterima kenyataan
bahawa alam jagat
dan seluruh mahluk ini
ada yang menjadikan
ciptaanMu Tuhan
Maha Pengasih Maha Penyayang

berulang ulang
dalam hidupku diberi nafas
berterusan menghayati nikmat
makan minum dan tidur berehat
maka dadaku penuh mengingati
namaMu sentiasa dibibirku
dan degup jantungku
sentiasa mengingatiMu
adalah tandaku
dalam ingatanMu
maka apabila aku diberi hayat
di alam jagatMu
bergerak berkerja
mencari makan dan
bergaul dengan insan
insan dan umatMu
menjadi sebutan degup hatiku

dan apa dan bagaimana
dan dimana aku berada
aku sentiasa dikurniai
inayahMu Ya Allah
maka aku sentiasa mengingatiMu

maka dalam bersorak
bergerak dan berteriak
untuk apa
untuk bagaimana
aku tiba tiba saja
seperti digerak
oleh suatu kuasa
menyentuh dalam kalbuku
maka aku jadi terkelu
mati teriak sorakku
kerana nafasku
terasa tinggal satu satu
maka tahu aku Ya Allah
lonjak dan sorak
gelak dan teriak
bisa sekali lenyap
dala satu helaan nafas
ketika dalam kealpaan
menghayati dalam kefanaan

MengenaliMu Ya Allah
daripada -Mahsuri S N-