BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, July 1, 2012

Perintah menutup aurat



Perintah menutup aurat telah difirmankan oleh Allah S.W.T dalam Surah Al-Ahzab ayat 33;

"Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembayang serta berikanlah zakat; dan taatilah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan s
emuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan dari kamu-wahai "ahlul bait", dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji)."

Dari penerangan ayat di atas, jelaslah kepada kita bahawa hukum menutup aurat adalah wajib sebagaimana wajibnya perintah mengerjakan sembahyang, berzakat dan perintah-perintah yang lainnya.

Dengan menutup aurat, wanita Islam mudah dikenal dan dapat mengelak dari diganggu oleh mereka yang ingin mengambil kesempatan.

Wanita yang menutup aurat akan mudah dikenali. Jika sekiranya mereka membuka aurat dengan sewenang-wenangnya, maka dengan secara tidak langsung mereka cuba merangsang lelaki untuk mengganggunya. Maka berlakulah perkara-perkara sumbang, dengan itu juga akan timbulah berbagai-bagai firnah dari masyarakat tentang diri mereka.
Dalam hal ini Allah S.W.T. telah berfirman dalam Surah Al-Ahzab ayat 59:
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."


Islam telah menggariskan batasan aurat pada lelaki dan wanita. Aurat asas pada lelaki adalah menutup antara pusat dan lutut. Manakala aurat wanita pula adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.

Aurat lelaki pada bila-bila masa dan apabila bersama-sama sesiapa pun adalah sama iaitu antara pusat dan lutut. Tetapi bagi wanita terdapat perbezaan dalam beberapa keadaan antaranya:

1. Aurat Ketika Sembahyang

Aurat wanita ketika sembahyang adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.

2. Aurat Ketika Sendirian

Aurat wanita ketika mereka bersendirian adalah bahagian anggota pusat dan lutut. Ini bererti bahagian tubuh yang tidak boleh dilihat adalah antaran pusat dan lutut.

3. Aurat Ketika Bersama Mahram

Pada asasnya aurat seseorang wanita dengan mahramnya adalah pusat dan lutut.
Walau pun bagitu wanita dituntut agar menutup mana-mana bahagian tubuh badan yan boleh menaikan syahwat lelaki walaupun mahram sendiri.
Perkara ini dilakukan bagi menjaga adab dan tata susila wanita terutama dalam menjaga kehormatan agar perkara-perkara sumbang dan tidak diingini tidak akan berlaku.
Oleh itu, pakaian yang labuh dan menutup tubuh badan digalakkan walaupun semasa b
ersama mahram adalah pakaian yang lengkap dan labuh.

Syarak telah menggariskan golongan yang dianggap sebagai mahram kepada seseorang wanita iaitu:Suami
  • Ayah, termasuk datuk belah ibu dan bapa.
  • Ayah mertua
  • Anak-anak lelaki termasuk cucu samada dari anak lelaki atau perempuan
  • Anak-anak suami.

Dalam perkara ini Islam mengharuskan isteri bergaul dengan anak suami kerana wanita tersebut telah dianggap dan berperanan sebagai ibu kepada anak-anak suaminya.
  • Saudara lelaki kandung atau seibu atau sebapa.
  • Anak saudara lelaki kerana mereka ini tidak boleh dinikahi selama-lamanya.
  • Anak saudara dari saudara perempuan.
  • Sesama wanita samada ada kaitan keturunan atau yang seagama.
  • Hambanya Sahaya.
  • Pelayan yang tidak ada nafsu syahwat.
  • Anak-anak kecil yang belum mempunyai syahwat terhadap wanita. Walau pun begitu, bagi kanak-kanak yang mempunyai syahwat tetapi belum baligh, wanita dilarang menampakkan aurat terhadap mereka.

Al-Quran dengan jelas menerangkan perkara ini dalam surah An-Nur ayat 31;

"Dan katakanlah kepada perempuan -perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau anak-anak mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tiadk berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."

Iman Syafie berpendapat; perhiasan yang dimaksudkan yang dimaksudkan dalam ayat di atas terbahagi kepada dua makna iaitu:
Perhiasan yang bersifat semula jadi seperti muka , pipi mulut, mata bibir, hidung, kaki, betis, peha dan lain-lain anggota.
Perhiasan seperti pakaian,alat-alat solek, cincin, rantai leher, gelang kaki dan sebagainya.
Oleh itu,uamat Islam digalakkan mengawal diri agar tidak melanggar batasab-batasan yang telah digariskan oleh Islam terutamanya dalam soal perhiasan dan berpakaian.

4. Aurat Ketika Di Hadapan Lelaki Bukan Mahram

Kewajipan menutup aurat di hadapan lelaki bukan mahram adalah amat penting dan perlu dilaksanakan oleh setiap wanita, bagi mengelak daripada berlaku perkara yang tidak diingini seperti rogol dan sebagainya.

Perkara ini terjadi disebabkan memuncaknya nafsu para lelaki akibat dari penglihatan terhadap wanita memakai pakaian yang tidak senonoh dan mendedahkan sebahagian tubuh badan mereka.Wanita yang bersuami pula, dengan terlaksanakan kewajipan ini, akan dapat membantu suami, yang mana dosa seorang isteri yang membuka aurat akan ditanggung oleh suami.

Oleh itu, wanita-wanita perlulah memahami batas-batas aurat ketika berhadapan dengan orang-orang yang tertentu dalam keadaan yang berbaza-beza.

5. Aurat Ketika Di Hadapan Wanita Kafir

Aurat wanita apabila berhadapan atau bergaul edngan wanita bukan Islam adalah tutup keseluruhan tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan.

Rasulullah S.A.W. bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud: Abdullah bin Abbas ada menyatakan, Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang maksudnya: "Tidak halal kauum wanita Islam itu dilihat oleh kaum Yahudi dan Nasrani".

6. Aurat ketika Bersama Suami

Apabila seorang isteri bersama-sama dengan suaminya di tempat yang terlindung dari pandangan orang lain, maka Isla m telah memberi kelongaran dengan tiada membataskan aurat pada suaminya.

Ini bererti suami dan isteri tiada sebarang batasan aurat terhadap mereka berdua. Isteri boleh mendedahkan seluruh anggota badannnya bila berhadapan dengan suaminya.

Mu'awiyah bin Haidah mengatakan: "Aku pernah bertanya: Ya Rasulullah, bagaimanakah aurat kami, apakah boleh dilihat oleh orang lain?". Baginda menjawab: "Jagalah auratmu kecuali terhadap isterimu atau terhadap hamba abdi milikmu". Aku bertanya lagi: "Ya Rasulullah, bagaimanakah kalau ramai orang mandi bercampur-baur di satu tempat?" Baginda menjawab: "Berusahalah seboleh mungkin agar engkau tidak boleh melihat aurat orang lain dan ia pun tidak boleh melihat auratmu". Aku masih bertanya lagi: "Ya Rasullullah, bagaimanakah kalau orang mandi sendirian?" Baginda menjawab: "Seharuslah ia lebih malu kepada Allah daripada malu kepada orang lain".

(Hadis riwayat Iman Ahmad dan Abu Dawud)

Thursday, June 21, 2012

Tips Ubati hati : Ubati rasa kecewa , tekanan

Memandang kes yang melibatkan masalah mengawal tekanan dan psikologi di Malaysia ni kadangkala agak merisaukan, apa kata, selain berdoa agar semuanya akan menjadi baik, Nk kongsikan sikit tips, atau cara untuk mengubati hati yang lara..[;-)], untuk mengubati rasa kecewa dan tekanan yang dilalui kita seharian.

Cara ubati hati:

Sentiasa berbaik sangka.

Antara langkah berbaik sangka adalah dengan tenang, rela hati, jangan sombong-sombong.

Buang segala hasad dengki

Jangan tergolong dalam mereka yang jadi batu api dan kuat mengumpat serta mengata orang lain. Kita taknak orang buat macam tu dekat kita, kita pun tak suka akhlak demikian, jadi gembiralah untuk kebahagian dan kegembiraan kawan-kawan atau saudara mara kita, yang kita sayang tu, okkay!

Senyumlah.

"Senyum!". Ia juga sedekah dan awet muda.Jika senyum kan nampak manis, jadi senyum sajalah, tak tahu senyum? Belajar ! Hihi

Gemar menghadiri majlis ilmu

Majlis ilmu ini macam ceramah, majlis zikrullah, tilawah al-quran dan berkaitan dengannya, insyaallah hati akan jadi lebih tenang, dan lembut :)

Hiasi diri dengan sikap Ikhlas.

Alamak! Ini yang susah sikit ni. Ikhlas kan hati maksudnya tak mengharapkan pujian dan kemasyhuran manusia. Niat semua keranaNYA , niat kena bersih tanpa tujuan yang tak okkay. Apapun siapa yang tahu hati kita, hanya kita dan Alllah sahaja,kan.

Cara untuk kurangkan tekanan

Be positif, anggap sesuatu yang terjadi di luar kawalan kita, cuba motivasikan diri supaya tak marah-marah, bersenam, makan makanan berkhasiat, tidur dan dapatkan  rehat yang cukup, elak ambil dadah dan alkohol, dapatkan sokongan orang-orang terdekat serta urus masa anda dengan lebih baik.

Cara ubati rasa kecewa

Belajar terima kenyataan, fahami punca masalah supaya elak berulang, luahkan perasaan- cari orang yang mahu mendengar- yang sudi melayan perasaan kekecewaan kita.Belajar sayang diri sendiri supaya orang hargai diri kita, jangan salahkan orang lain, relakslah ,tuduh orang pun bukan selesai masalahkan?- Selalu berfikir positif, rehatkan fikiran dengan baca atau buat apa yg kita suka –tenang okay!

Kembalilah bersemangat!:

Setiap hari adalah istimewa, bersyukur dengan apa yg kita alami-banyak dipelajari, perbaiki hubungan dengan manusia, jadikan hidup lebih bermakna, hargai perkara-perkara yang mudah jangan rumitkan, jangan kalah dengan perasaan sendri yang entah apa-apa- kita kuat okay! Luangkan masa dengan tersayang, senyum dan  : kitbalaslah senyumannya! Hargai diri, penuhi keinginan hati dengan segera supaya tak kecewa!

Wednesday, June 20, 2012

Seketul Daging Bernama Hati

Nabi Muhammad s.a.w bersabda,

"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."

(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)
Ulama mengkategorikan hati manusia terbahagi kepada beberapa jenis;

1. Hati yang sahih (qalbun sahih)
Bermaksud hati yang suci, bersih dan bebas daripada segala gangguan yang menyebabkan terhalangnya manusia melaksanakan perintah Allah s.w.t

2. Hati yang mati (qalbun mayyit)
Bermaksud mereka yang memiliki hati yang degil dan ego untuk menyembah Allah Taala. Manusia jenis ini bekerjasama atau sekutu bagi syaitan dan nafsu.

3. Hati yang sakit (qalbun maridh)
Bermaksud hati yang masih mempunyai kehidupan tetapi hatinya ada benih-benih penyakit. Kadangkala mereka hidup sihat berpandukan iman tetapi ada kalanya mereka mengutamakan nafsu yang menggila.


"Ya Allah, Tuhan yang menunjukkan hati, tunjukkanlah hati-hati kami kepada jalan ketaatan kepada-Mu."

(Riwayat Muslim)

Tuesday, June 19, 2012

25 Nasihat Luqmanul Hakim Kepada Anaknya Untuk Pengajaran Bersama.

Nasihat #1
Hai anakku! ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

Nasihat #2
Orang - orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari ALLAH juga.

Nasihat #3
Hai anakku! orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.


Nasihat #4
Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

Nasihat #5
Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

Nasihat #6
Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar-benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.


Nasihat #7
Hai anakku; seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak melamunkan hal-hal yang tidak benar. Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.


Nasihat #8
Hai anakku; engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu, adalah bilamana engkau mempunyai tetangga (jiran) yang jahat.


Nasihat #9
Hai anakku; janganlah engkau mengirimkan orang yang bodoh sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.

Nasihat #10
Jauhilah bersifat dusta, sebab dusta itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.

Nasihat #11
Hai anakku; bila engkau mempunyai dua pilihan, takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.

Nasihat #12
Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada anjing sahaja.

Nasihat #13
Hai anakku; janganlah engkau langsung menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah langsung memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.


Nasihat #14
Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.


Nasihat #15
Hai anakku; bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah bagaikan orang yang mencari kayu bakar, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.

Nasihat #16
Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.

Nasihat #17
Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.

Nasihat #18
Hai anakku; bila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.

Nasihat #19
Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya yang akan mendatangkan cela pada dirimu.

Nasihat #20
Hai anakku; janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan olah dunia saja kerana engkau diciptakan ALLAH bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.

Nasihat #21
Hai anakku; usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, usahakanlah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.


Nasihat #22
Hai anakku; janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, janganlah mensia siakan hartamu.


Nasihat #23
Barang sesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun, dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.

Nasihat #24
Hai anakku; bergaullah rapat dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.


Nasihat #25
Hai anakku; ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja, dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu. Jangan engkau tendang dunia ini ke keranjang atau bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka. Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.

Monday, April 9, 2012

Ciri-ciri sahabat sejati daripada Imam Al-Ghazali



Imam Al-Ghazali berpesan kepada anak lelakinya:''Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

  1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.
  2. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.
  3. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.
  4. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, da akan membalas balik persahabatan kamu.
  5. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.
  6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya.
  7. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan(bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.
  8. Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannnya.
  9. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu.
  10. Jika kamu berdua berselisihan faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
  11. Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat.
  12. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.
  13. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu.
  14. Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

Tuesday, March 13, 2012

..:: Mengenalimu Ya Allah ::..

mengenaliMu Ya Allah
rasanya makin merindu
yakin itu sudah tidak pernah
aku tanyakan pada diriku
kepada kalbuku
kerana sejak aku tahu
mengenal kehidupan
ketika masih belum mengaji
mukadam dan al Quran
aku sudah diberi kenal
ada bintang
ada bulan
ada matahari
dan ada awan
ada yang menjadikan

begitu aku terasa
tanpa bertanya
aku ingin makna mendalam
sudah kuterima kenyataan
bahawa alam jagat
dan seluruh mahluk ini
ada yang menjadikan
ciptaanMu Tuhan
Maha Pengasih Maha Penyayang

berulang ulang
dalam hidupku diberi nafas
berterusan menghayati nikmat
makan minum dan tidur berehat
maka dadaku penuh mengingati
namaMu sentiasa dibibirku
dan degup jantungku
sentiasa mengingatiMu
adalah tandaku
dalam ingatanMu
maka apabila aku diberi hayat
di alam jagatMu
bergerak berkerja
mencari makan dan
bergaul dengan insan
insan dan umatMu
menjadi sebutan degup hatiku

dan apa dan bagaimana
dan dimana aku berada
aku sentiasa dikurniai
inayahMu Ya Allah
maka aku sentiasa mengingatiMu

maka dalam bersorak
bergerak dan berteriak
untuk apa
untuk bagaimana
aku tiba tiba saja
seperti digerak
oleh suatu kuasa
menyentuh dalam kalbuku
maka aku jadi terkelu
mati teriak sorakku
kerana nafasku
terasa tinggal satu satu
maka tahu aku Ya Allah
lonjak dan sorak
gelak dan teriak
bisa sekali lenyap
dala satu helaan nafas
ketika dalam kealpaan
menghayati dalam kefanaan

MengenaliMu Ya Allah
daripada -Mahsuri S N-