BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Friday, July 1, 2011

Jika sesiapapun kita...

Jika anda bakal seorang USTAZ atau USTAZAH kerana bidang anda, jadilah pendakwah yang berakhlak mulia beramal dengan apa yang dipelajari.

Jika anda bakal seorang DOKTOR, jadilah doktor yang mengingatkan pesakit tentang solat dan nikmat kesihatan.

Jika anda bakal seorang ARKITEK, rekalah bangunan bercirikan Islamik kerana seorang arkitek yang beriman akan berfikir apakah tandas di dalam bangunan yang direkanya menghadap kiblat?

Jika anda bakal seorang JURUTERA, jadilah jurutera yang terus menunaikan solatnya walaupun sibuk di tapak projek dan sekalipun solat di celah-celah bangunan yang meninggi.

Jika anda bakal seorang JURUTERBANG, sedarkanlah penumpang dengan menghayati awan biru dan gugusan bintang ciptaan Allah S.W.T.

Jika anda bakal seorang KAUNSELOR, jadilah kaunselor yang berhikmah dalam memberi nasihat dan bicara yang mengingatkan kepada kekuasaan Allah S.W.T.

Jika anda bakal seorang PAKAR BAHASA INGGERIS, gunakan kelebihan anda terutama kepada yang bukan Melayu berakidah tauhid yang berminat dengan Islam untuk mengenal Allah S.W.T.

Jika anda bakal seorang PAKAR BAHASA ARAB, manfaatkanlah ilmu anda sebaik mungkin intuk lebih memahami Agama Islam dan seterusnya menyampaikan ilmu pengetahuan kepada Umat Islam.

JIKA SESIAPAPUN KITA NANTI,INGATLAH...

Sesungguhnya, dalam bidang apa pun kita berada, kita hanyalah hamba Allah S.W.T,

dan ilmu itu benar-benar berharga

jika dengannya membuatkan kita merasa diri lebih menjadi 'seorang hamba'.(sekadar berkongsi peringatan) smga sama2 kita mengambil peringatan..:)

0 comments: