BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Friday, July 24, 2009

TaNgiSan SeoRanG HaMba

Allah, aku terleka lagi.. Tertipu dan ditipu.. Tersesak nafas ku hidup dalam palitan dosa.. Dosa dan maksiat.. Itulah sebab tersungkurnya aku!! Aku sedar, sukar yang terjadi bukan kerana sesuatu kerja itu sukar… Akan tetapi palitan dosalah yang bertindak menyukarkannya… Susah yang berlaku bukan kerana sesuatu urusan itu susah, sebaliknya kumbahan maksiat diriku yang menambahkn kesusahan itu… Allah, tuhanku.. Engkau telah menciptakan setiap jiwa insan.. Yang mampu untuk membezakan antara yang benar dan yang batil.. Inilah fitrah jiwa manusia!!! Tetapi untuk jiwa ini berfungsi secara fitrah memerlukan syarat… Jiwa itu mesti dipelihara ketulenannnya.. Dijauhkan dari yang bukan-bukan.. Dan dihindar dari korupsi spiritual.. JIWA itu umpama lampu.. Andai berdebu dan tak digilap selalu.. Maka akan kotor la dia dan akhirnya gagal memancarkan cahaya.. ~sebak~"(Azab) yang demikian adalah disebabkan perbuatan tangan kamu sendiri dan Allah sekali-kali tidak menganiaya hamba-hambaNya". (al-Imran : 182)Dalam mencari erti hidup sebenar, mungkin ada yang tersimpang.. Tersasar dari matlamat dan tujuan.. Ku mohon wahai Tuhan yang Maha Penyayang.. Pimpinlah aku ke jalan kebenaran.. Agar tidak terus tenggelam.. Kutahu air mata bukanlah juzuk murahan.. yang hanya dialirkan sekadar kiasan.. tatkala apa yang diimpikan tidak seindah impian.. yang bisa mencorak melintasi sempadan akal dan fikiran.. Namun bila hati diserah kepada Allah.. tiada resah tiada gelisah.. Bila apa yang diburu hanyalah demi mardhotillah.. Hilang rasa gundah hidup rasa indah.. Bila benih cinta disemai dahulu pada Yang Esa.. Barulah akan menyusul cinta tulus sesama hamba… Pergilah duka, Hapuslah kecewa.. Kerana bahagia InsyaAllah akan tiba.. Di dunia ini dan di akhirat sana.. Dengan syarat Iman dan Taqwa, Kukuh disemai dan tersemat di jiwa.. Amal soleh bukti setia, Seorang hamba kepada Rabbnya... Pada Mu ku serah segala..(-__-)

0 comments: