BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, October 29, 2011

Wanita..

Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa.

Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya. Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar. Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita. Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada zat Allah yang kekal, disitulah suisnya.

Akal setipis rambutnya, tebalkan dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak. Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau 'women gladiator'. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja : negarawan, karyawan, jutawan dan "wan-wan" yang lain. Tidak akan lahir 'superman' tanpa 'superwoman'.

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan.

Lebih ramai lelaki yang dirosakkan oleh perempuan daripada perempuan yang dirosakkan oleh lelaki. Sebodoh-bodoh perempuan pun boleh menundukkan sepandai-pandai lelaki. Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja ramai boss telah kehilangan 'secretary', bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri.

Bila wanita derhaka dunia lelaki akan huru-hara . Bila tulang rusuk patah, maka rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah pimpinlah diri sendiri dahulu kepada-Nya.

Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan kita. Jangan mengharap isteri seperti Siti Fatimah, kalau peribadi belum lagi seperti Sayidin Ali.

Saturday, July 23, 2011

alhamdulillah.... segalanya lancar

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yg melimpah ruah nikmatnya kepada hamba-hamba-Nya, selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W. semoga kita sentiasa berada dalam rahmat dan kasih sayangnya.


"kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi,
kasih tuhan tiada bertepi, sayang tuhan janjinya pasti."

tengahari tadi da selesai Minggu Silatur Rahim (MSR) untuk Freshie. Alhamdulillah, program berjalan lancar. tidak dapat di nafikan terdapat pelbagai kekurangan. Semoga usaha yang dilakukan mendapat rahmat dan dituliskan kebaikan disisi Allah. InsyaAllah...
 
tiada apa yang mampu menyatukan manusia melainkan kasih sayang. Tiada apa yang dapat membentuk masyarakat melainkan kasih sayang. Cintailah antara kalian kerana Allah kerana Allah menyukai orang yang menyayangi antara satu sama lain.

sama-samalah kita berdoa agar semua warga UNiKL BMI akan menjadi manusia yang berjaya dan hidup bersatu padu.
"kejarlah kejayaan yang hakiki kerna itu yang utama, kejarlah kejayaan dunia demi cinta yang abadi. Cinta yang abadi datang dengan keikhlasan diri, carilah keikhlasan dengan sentiasa bersyukur atas nikmat-Nya dan bersabar atas ujiannya."

Monday, July 11, 2011

7 formula untuk berjaya

 
{1}قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ
{2}الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ
{3}وَالَّذِينَ هُمْ عَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضُونَ
{4}وَالَّذِينَ هُمْ لِلزَّكَاةِ فَاعِلُونَ
{5}وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ
{6}إِلَّا عَلَىٰ أَزْوَاجِهِمْ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِي
{7}فَمَنِ ابْتَغَىٰ وَرَاءَ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْعَادُونَ
{8}وَالَّذِينَ هُمْ لِأَمَانَاتِهِمْ وَعَهْدِهِمْ رَاعُونَ
{9}وَالَّذِينَ هُمْ عَلَىٰ صَلَوَاتِهِمْ يُحَافِظُونَ
{10}أُولَٰئِكَ هُمُ الْوَارِثُونَ
{11}الَّذِينَ يَرِثُونَ الْفِرْدَوْسَ هُمْ فِيهَا خَالِدُون

Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman; 

Iaitu mereka yang khusyu' dalam solatnya; 

Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia; 

Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (menunaikan zakat); 

Dan mereka yang menjaga kehormatannya; 

Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela; 

Kemudian, sesiapa yang mengingini selain yang demikian, maka Merekalah orang-orang yang melampaui batas; 

Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya; 

Dan mereka tetap memelihara solatnya; 

Mereka itulah orang yang berhak mewarisi; 

Yang akan mewarisi syurga Firdaus, mereka kekal didalamnya.


7 ciri-ciri orang berjaya:
  1. khusyuk dalam solatnya
  2. menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia 
  3. berusaha membersihkan hartanya(menunaikan zakat)
  4. menjaga kehormatan
  5. menjaga amanah
  6. menjaga janji
  7. memelihara solat