BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Friday, August 8, 2014

Pesanan Rasulullah S.A.W. sebelum tidur

~ Empat Amalan Sebelum Tidur ~

Rasulullah SAW berpesan kepada siti Aisyah ra.
“ Ya, Aisyah! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara iaitu :

1. Sebelum khatam al-Quran
2. Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat
3. Sebelum para muslimin meridhai engkau
4. Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah

 “Bertanya siti Aisyah :“Ya Rasulullah ! bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?

 “Rasul tersenyum dan bersabda :

1. “Jika engkau akan tidur , membacalah surat al –Ikhlas tiga kaliSeakan-akan engkau telah mengkhatamkan Al-Quran”

Bismillaahirrohmaanirrohiim,‘Qulhuallaahu ahad’ Allaahushshamad’ lam yalid walam yuulad’ walam yakul lahuu kufuwan ahad’ ( 3x )

“2. “Membacalah shalawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku” maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat ““

Bismillaahirrahmaanirrahiim, Allaahumma shallii ‘alaa Muhammad wa’alaa aalii Muhammad ( 3x )

 “3. “Beristighfarlah” untuk para mukminin maka mereka akan meridhai engkau“

Astaghfirullaahaladziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum wa atuubu ilaih (3x )

4. Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid , bertahlil dan bertakbir” maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah“

Bismillaahirrahmaanirrahiim, Subhanallaahi Walhamdulillaahi walaailaaha illallaahu allaahu akbar ( 3x )

( Tafsir Haqqi)

0 comments: